fbpx
Gambar hiasan

KPKM, KPDN terus pantau harga, bekalan telur ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan membuat pemantauan bagi memastikan bekalan dan harga telur ayam terjamin di pasaran.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah itu dibuat susulan kawalan harga dan subsidi telur ayam ditamatkan secara berfasa bermula esok sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 1 Ogos ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Jemaah Menteri sebelum ini pernah diingatkan konsep subsidi telur yang diwujudkan ketika pandemik Covid-19 bagi mengatasi kekurangan bekalan dan harga melambung.

“Ketika pandemik, terdapat masalah dari segi penghasilan dan bekalan telur ayam, (tetapi) kita lihat hari ini ia menunjukkan trend positif.

“Maka, Jemaah Menteri berpandangan apa yang dicadangkan (penamatan subisidi telur ayam) oleh KPKM itu adalah wajar,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, KPKM mengumumkan subsidi telur ayam dikurangkan dari 10 sen kepada 5 sen sebiji berkuat kuasa 1 Mei sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 1 Ogos depan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI