fbpx

King Sing beri peringatan kepada ahli kumpulan samseng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV insiden pergaduhan di Bintulu baru-baru ini

PETALING JAYA – “Tidak kira apa juga latar belakang anda, walaupun saya mengenali anda secara peribadi, jika anda melanggar undang-undang, anda perlu menghadapi akibatnya”

Demikian peringatan Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing terhadap golongan muda daerah itu yang terlibat dalam kumpulan samseng dan menimbulkan kekacauan.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menegaskan, setiap individu adalah sama rata di sisi undang-undang dan tidak ada yang terkecuali.

“Saya ingin mengingatkan kepada golongan muda supaya tidak ‘mendabik dada’ dan bertindak sesuka hati sekiranya mempunyai hubungan kuat dengan sesiapa sahaja.

“Jika anda bersedia mengubah keadaan dan meninggalkan masa lalu, peluang sentiasa terbuka. Jika anda terus bertindak melulu menggunakan keganasan dan menayang ‘kemegahan’ kumpulan anda sertai, saya pasti peluang kedua tidak akan diperolehi.

“Jika anda berasa mesej ini untuk anda, fikirlah dengan waras sebelum bertindak,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Beliau mengulas satu insiden pergaduhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Bintulu baru-baru ini yang meragut nyawa seorang lelaki.

King Sing berkata, beliau telah meminta pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh dan memastikan semua yang terlibat diambil tindakan khususnya dalang kumpulan itu.

Dalam pada itu, King Sing mempersoalkan peguam yang merupakan ahli profesional dalam bidang undang-undang yang membela individu melakukan kesalahan.

“Saya ingin bertanya adakah anda benar-benar mempertahankan keadilan atau hanya sekadar membela pesalah, atau ia semata-mata untuk nilai wang ringgit.

“Jika anda memilih untuk melindungi mereka yang melanggar undang-undang, adakah ini contoh terbaik untuk ditunjukkan kepada anak-anak anda?

“Ini bukan hanya soal penguatkuasaan, tetapi juga kepada akhlak komuniti yang ingin kita bina demi masa depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI