fbpx

JAS kenakan tindakan terhadap 41 premis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa JAS Perak semasa menjalankan siasatan penguatkuasaan ke atas sebuah premis industri di Kampar baru-baru ini.

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH – Sebanyak 41 premis dikenakan pelbagai tindakan berkaitan pelanggaran dalam penguatkuasaan alam sekitar menerusi Operasi (Ops) Gempur Zon Selatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Perak bermula Isnin hingga semalam.

Pengarah JAS negeri Perak, Rosli Zul berkata, operasi itu dijalankan bertujuan melaksanakan pemeriksaan secara bersepadu dalam menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Menurut beliau, ini bagi memastikan pihak industri sentiasa bersedia mematuhi kehendak perundangan semasa beroperasi di samping menunjukkan keseriusan JAS dalam membanteras dan mengambil tindakan perundangan.

“Melalui Ops Gempur Zon Selatan, kita telah menjalankan siasatan dan penguatkuasaan ke atas 41 premis meliputi tindakan di lapangan sebanyak 33, notis arahan (31), kompaun (853), serta masing-masing satu bagi kertas siasatan dan sitaan.

“Jenis industri yang diperiksa seperti bengkel, berasaskan getah dan kayu, elektrik dan elektronik, galian bukan logam, industri kimia, kenderaan, makanan dan minuman, pengilangan logam dan plastik,” ujarnya ketika sidang akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN