fbpx

IdeaL Property lapor polis tuduhan palsu kait Pengerusi Eksekutif ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Pemaju hartanah terkemuka Pulau Pinang, Ideal Property Group menyangkal dakwaan Pengerusi Eksekutif Kumpulan itu sedang disiasat dan ditahan pihak berkuasa berhubung kes penipuan pelaburan baru-baru ini.

Syarikat itu dalam kenyataan di Facebook berkata, pihaknya mengesan penyebaran berita palsu dan penulisan tidak sahih di media sosial berhubung perkara tersebut.

“Ideal Property Group dengan tegas menafikan segala tuduhan palsu dan menolak sepenuhnya kenyataan yang tidak berasas dan berunsur fitnah.

“Kami sentiasa beroperasi dengan mematuhi undang-undang, mengamalkan prinsip perniagaan beretika dan menonjol melalui kecemerlangan teknikal, kejayaan pelaksanaan projek serta pematuhan terhadap peraturan yang ketat.

“Organisasi kami komited untuk mengekalkan tahap integriti profesional yang tertinggi serta ketelusan dalam pengurusan dan operasi,” katanya hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI