fbpx

[VIDEO] Pelajar cemerlang tidak lupa pekerja kantin dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video berkenaan.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pelajar bergambar bersama pekerja kantin sekolahnya selepas mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini mendapat pujian ramai.

Menerusi sebuah video yang tular di Facebook, pelajar tersebut dilihat datang ke kantin tersebut bersama kedua ibu bapanya.

Individu yang merakam video tersebut, iaitu guru di sekolah berkenaan berkata, dia terkejut apabila melihat pelajar berkenaan datang dan mengajak pekerja kantin itu bergambar sebagai kenangan.

“Siapa sangka, antara ramai-ramai orang, dia lebih memilih untuk bergambar dengan kakak dan mak cik kantin sekolah.

“Ini yang kita panggil penghargaan,” tulis kapsyen video tersebut.

Difahamkan, pelajar tersebut juga memperoleh keputusan cemerlang semua A dalam keputusan SPM.

Menerusi tinjauan di ruang komen, rata-rata pengguna memuji sikap pelajar tersebut.

“Semuanya bermula dari rumah, didikan ibu ayahnya, menghormati orang lain tanpa mengira bangsa dan agamanya,” kata Mekera.

“Dia hargai setiap yang hadir dalam kejayaan dia. Hebat didikan keluarganya,” Masdzurina.

“Terbaik, adik inilah contoh murid yang kenang jasa-jasa orang yang penting dalam hidup dia. Kekalkan sifat seperti itu di mana anda berada, ramai orang suka,” kata Rafiah. – KOSMO! ONLINE

@sarakiroro Just to inspire people to appreciate and respect each other 🫰#theacademy #akademisainspendang #spm2024 ♬ End of Beginning – Djo

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI