PONTIAN – Orang ramai diminta membantu mencari seorang remaja berbangsa Cina berusia 18 tahun yang telah menghilangkan diri dari rumahnya di Taman Benut Jaya, Benut sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, remaja tersebut yang dikenali Tan Boon Chin keluar dari rumahnya pada pukul 8.30 pagi semalam.
Katanya, keluarga mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Benut pada hari semalam setelah menyedari Boon Chin tiada di rumah.
“Ciri-ciri remaja hilang itu seperti dalam laporan polis yang dibuat iaitu berketinggian 168 sentimeter (cm), berambut pendek dan berwarna hitam, berbadan kurus, serta berkulit cerah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Sekiranya orang ramai yang ternampak orang hilang, boleh menghubungi Sarjan Mejar Norazli Salleh, Ketua Balai Polis Benut melalui nombor 019-7475485 atau talian hotline 07-6869999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE