fbpx

Projek besar perumahan perlu dilaksana setiap bulan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar melakukan gimik perasmian pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia Madani dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu, Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa projek besar perumahan perlu dilaksanakan setiap bulan dan diselaraskan secara menyeluruh oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Beliau berkata, pelaksanaan projek tersebut harus melibatkan seluruh negeri bagi memberi kemudahan kepada rakyat memiliki rumah sendiri.

“Tiap bulan mesti ada projek besar perumahan yang saya minta diselaraskan oleh menteri KPKT. Datuk Bandar perlu beri penjelasan, kelulusan mesti cepat, pegawai mesti lebih efisien.

“Penguatkuasaan pula mesti bersih. Jangan curi duit rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia Madani dan Rumah Mampu Milik Mukim Batu, di sini, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, keutamaan pembangunan negara Madani bukan sekadar fizikal, tetapi menekankan pembangunan insan dan kesejahteraan rakyat terbanyak.

“Kita lihat di Kuala Lumpur, lebih 80 peratus rakyat makan di gerai dan warung. Jadi, kenapa dalam perancangan pembangunan kita tidak beri tumpuan kepada keperluan mereka?

“Yang kaya mampu beli rumah RM5 juta hingga RM10 juta, itu hak mereka. Tapi kerajaan perlu sediakan ruang yang mencukupi dan rumah mampu milik kepada rakyat biasa,” katanya.

Beliau turut menegaskan kepentingan mewujudkan dasar perumahan yang jelas, agar pembangunan tidak menyebabkan jurang antara kaya dan miskin semakin melebar.

“Kalau tidak disusun baik, pembangunan hanya menguntungkan segelintir kaya, dan akhirnya menyebabkan peminggiran golongan bawahan.

“Kita jaga kepentingan negara dari bawah sampai ke atas, kita lakukan sebagai satu pasukan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI