fbpx

‘Isu dadah ibarat bayang gelap yang mengurung belia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik di Facebook Hannah Yeoh, hari ini.

PETALING JAYA – Seorang pekerja kontrak mendakwa dirinya terjebak dalam penyalahgunaan dadah semasa bekerja dalam projek pembinaan jalan raya.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, individu itu menceritakan perkara tersebut kepadanya semasa beliau melawat Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Dengkil.

“Dia tidak menyangka saya mahu berbual dengannya. Saya tanya mengapa dia menggunakan dadah? Dia beritahu kerjanya sebagai kontraktor jalan di bawah panas terik berjam-jam setiap hari sangat sukar dan menyakitkan.

“Dia menggunakan dadah untuk mengurangkan rasa sakit. Saya percaya kata-katanya dan berpesan agar dia jangan sesekali berputus asa. Matanya berlinang lalu menangis,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Terdahulu, Hannah Yeoh berkata, sebanyak 60 peratus dalam kalangan penagih dadah merupakan golongan belia.

Menurutnya, beliau yakin ramai mereka mahu berhenti, tetapi tidak tahu ke mana hendak mendapatkan rawatan.

Justeru, katanya, Kementerian Belia dan Sukan sedang giat meningkatkan kesedaran dan mewujudkan platform untuk belia terjejas mendapatkan bantuan serta pemulihan.

“Doakan kejayaan kami kerana isu dadah ini ibarat bayang gelap yang mengurung belia dalam ketagihan dan penderitaan.

“Kita wajib bantu mereka membebaskan diri daripada kesengsaraan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI