Fenomena narsisisme digital dalam kalangan pengguna media sosial semakin membimbangkan apabila individu bergantung kepada pengiktirafan dalam talian untuk menentukan nilai diri dan identiti peribadi mereka. Narsisisme digital merujuk kepada kecenderungan seseorang untuk menonjolkan diri secara berlebihan secara maya demi mendapatkan perhatian dan pengiktirafan. Antara kelakuan itu termasuk memuat naik gambar swafoto berulang kali, memaparkan gaya hidup mewah atau memperagakan kejayaan secara keterlaluan. Lebih membimbangkan, ia menjadi budaya yang dianggap ukuran harga diri apabila segala-galanya dinilai melalui bilangan likes, tontonan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

