fbpx

59 peratus rakyat AS tidak puas hati keadaan ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Donald Trump. - Foto AFP

WASHINGTON – Sebanyak 59 peratus orang awam mengakui bahawa dasar Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah memburukkan keadaan ekonomi negara itu, demikian menurut tinjauan terbaharu saluran berita CNN semalam.

Tinjauan yang dikendalikan oleh laman penyelidikan SSRS itu mendapati, rasa tidak puas hati  meningkat daripada 51 peratus pada Mac lalu.

Keputusan itu juga setanding dengan angka terburuk yang diperoleh pendahulu Trump, Joe Biden semasa menjadi presiden.

“Rakyat Amerika secara amnya tetap tidak berpuas hati dengan ekonomi negara,” kata tinjauan tersebut.

Seramai enam bagi setiap 10 orang menyatakan bahawa dasar Trump telah meningkatkan kos sara hidup dalam komuniti mereka.

Hanya 12 peratus berpendapat bahawa agenda Trump telah membantu menurunkan harga barangan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI