fbpx

Tak bagi cuba kabel, pekerja ditampar dan tudung ditarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan dua individu wanita itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dimuat naik di Facebook.

PETALING JAYA – Seorang pekerja wanita di sebuah kedai serbaneka mengalami detik cemas apabila diserang dua individu wanita dalam satu kejadian kira-kira pukul 3 pagi.

Tindakan dua individu wanita itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dimuat naik di Facebook @Saazlinaazizyusuf.

“Kejadian berlaku apabila dua individu terbabit didakwa berkeras mahu mencuba kabel pengecas telefon tanpa membuat bayaran terlebih dahulu, bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP) kedai.

“Bagaimanapun, individu itu bertindak agresif dengan menampar mangsa, menarik tudung sehingga terbuka, serta menyebabkan kecederaan di bahagian badan,” katanya.

Berdasarkan video itu, lebih memburukkan keadaan individu wanita tersebut kemudiannya mencuri kabel dan pengecas telefon yang diletakkan di kaunter.

“Individu wanita, dipercayai ibu kepada seorang lagi individu, masuk semula ke dalam kedai dan mengambil pengecas telefon tersebut,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan pendapat masing-masing mengenai peraturan yang dikenakan dimana perlu bayar dahulu sebelum mencuba.

“Memang peraturan kalau nak beli kabel tak boleh cuba dahulu, kalau nak cuba perlu bayar. Ini mesti kes tak boleh terima kenyataan,” kata @Hanisamira.

“Kalau dekat pasar raya, barang elektrik memang kena bayar dahulu, kemudian baru boleh cuba. Kalau ada rosak mestilah akan tukar,” kata @Shaazzahraisaac.

“Di kedai lain juga perlu bayar dahulu sebelum boleh cuba,” kata @Cikpuanjulierajaiskandar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI