fbpx

Program Semarak Syawal catat jualan lebih RM21 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

SERDANG – Program Semarak Syawal 2025 yang telah berlangsung dari 22 hingga 30 Mac lalu berjaya mencatatkan nilai jualan mencecah RM21.43 juta.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jumlah tersebut melebihi sasaran awal iaitu sebanyak RM20 juta.

Jelasnya, program itu bukan sahaja memberi manfaat langsung kepada pengguna yang tetapi turut membantu meningkatkan pendapatan petani dan usahawan agromakanan menjelang perayaan.

“Program ini telah dilaksanakan di 262 lokasi seluruh negara termasuk Pasar Tani, Pasar Tani Kekal, RTC serta Medan Niaga Satok di Sarawak, dengan penglibatan seramai 9,005 usahawan tempatan,”katanya.

Beliau berkata demikian Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Mohamad berkata, selain itu, Program Jualan Istimewa Semarak Syawal yang dilaksanakan secara serentak di 42 outlet Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) seluruh negara pada 29 Mac juga mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI