fbpx

Lelaki dedah rahsia mengejutkan untuk lebih sasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan badan Ritenour sebelum dan selepas mengamalkan susu badan. - Netflix

LONDON – Seorang lelaki menjadi sensasi internet apabila mendedahkan badannya berada dalam bentuk terbaik kerana mengamalkan minum susu badan, lapor akhbar Mirror UK semalam. 

Jameson Ritenour, 39, mengamalkan gaya hidup itu selepas menonton sebuah klip video menceritakan manfaat pengambilan susu badan di laman YouTube. 

Menurut bapa kepada tiga anak itu, dia minum susu itu buat pertama kali ketika isterinya, Melissa, menyusukan anak mereka. 

“Badan saya berada dalam bentuk terbaik sepanjang dalam hidup saya. Susu ini membantu saya membina otot.

“Meskipun berat badan saya turun, saiz otot saya meningkat sebanyak lima peratus dalam masa lapan minggu,” kata Ritenour. 

Ritenour juga berkata, dia semakin sihat dan jarang sakit. 

“Saya mahu membesar dan tidur nyenyak seperti bayi, jadi saya memutuskan untuk makan dan minum seperti bayi,” tambah Ritenour. 

Saintis-saintis bagaimanapun berkata, tiada bukti ilmiah membuktikan susu tersebut boleh memberi manfaat kepada orang dewasa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI