WASHINGTON – Satu klip video di Zoo San Diego, Amerika Syarikat (AS) kini berusia 20 tahun selepas pertama kali dimuat naik di platform YouTube, lapor berita WDSU News.
Video itu dimuat naik pada 23 April 2005 oleh pengasas bersama YouTube, Jawed Karim dengan judul Me at the zoo dan berdurasi 19 saat.
Ia yang menunjukkan Jawed di hadapan beberapa ekor gajah di Zoo San Diego telah mencatatkan lebih 355 juta tontonan.
Dia dan pengasas bersama, Chad Hurley serta Steve Chen kemudian menjual platform perkongsian video itu kepada Google sebanyak AS$1.65 bilion (RM7.22 bilion).
Sejak pertengahan 2000-an, YouTube berubah menjadi budaya pop.
Platform itu melaporkan lebih 20 trilion video telah dimuat naik sejak dua dekad yang lalu. – AGENSI