fbpx

Hawar berdarah: Lembu, kerbau Manir divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota JPV Terengganu sedang memvaksin lembu dan kerbau ternakan di Kampung Manir, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengambil langkah memvaksin 224 lembu dan kerbau yang mengekang wabak Haemorrhagic Septicaemia atau hawar berdarah yang sedang menular di daerah ini sejak 7 April lalu.

Pengarah JPV Terengganu, Dr. Anun Man berkata, wabak hawar berdarah tersebut perlu dihentikan seberapa segera sebagai persiapan sambutan Hari Raya Aidiladha pada bulan Jun depan.

“Kita tidak mahu wabak ini menjejaskan bekalan haiwan lembu dan kerbau untuk ibadah korban tidak lama lagi.

“Lembu dan kerbau terbabit perlu dipastikan benar-benar sihat dengan pengeluaran permit pengesahan kesihatan sebelum dibenarkan dipindah keluar bagi tujuan sembelihan,” katanya di Kampung Manir di sini hari ini.

Kosmo! Online Jumaat lalu melaporkan sekurang-kurangnya 25 ekor kerbau ternakan mati akibat wabak hawar berdarah di Kampung Dusun Tembakau, Manir di sini.

Larangan pemindahan ternakan dalam radius lima kilometer dari lokasi wabak terlibat membabitkan tujuh mukim di daerah ini dan Kuala Nerus telah dikuatkuasa bagi mengelakkan penularan.

Anun berkata, penularan wabak hawar berdarah tersebut antara terbesar berlaku di Terengganu selepa sejak kali terakhir berlaku di Serada di sini pada tahun 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI