fbpx

Video ‘samseng jalan raya’ serang pemandu kereta disiar secara langsung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NATTAPOL menyerang Chatchai di sebatang jalan raya di Phuket. - Foto Matichon

BANGKOK –  Satu penstriman video secara langung memaparkan seorang lelaki menyerang pemandu berusia 46 tahun di sebatang jalan di Phuket, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Pertengkaran itu berlaku semalam apabila Nattapol yang juga dikenali sebagai Pa Joke Wat Thep, 36, mengejar kenderaan dipandu lelaki bernama  Chatchai.

Pikap yang dipandu Nattapol merempuh kenderaan Chatchai. Dia kemudian menyerangnya secara fizikal.

Menurut polis, pergaduhan itu berlaku sekitar pukul 2.57 petang (waktu tempatan) di luar sebuah hotel dan kedua-dua mereka melarikan diri dari tempat kejadian secara berasingan. 

Menjelang pukul 7 malam (waktu tempatan), polis telah menjejaki Chatchai dan menahannya untuk soal siasat. 

Tidak lama selepas itu, anggota-anggota polis berjaya mengesan dan menahan suspek kedua, Nattapol di Mukim Chalong. 

Suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu dan akan berhadapan tindakan undang-undang. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI