fbpx

PRK Ayer Kuning: Peratusan rendah, SPR mohon pemilih keluar tunai tanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai hadir untuk mengundi di pusat mengundi SK Ayer Kuning di Tapah hari ini.

TAPAH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memohon pemilih bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning untuk keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing ekoran peratusan keluar mengundi yang masih rendah iaitu 26.36 peratus setakat pukul 11 pagi tadi.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, jumlah pemilih yang keluar mengundi tersebut dianggap pihaknya sebagai masih rendah bagi pilihan raya berkenaan.

“Jadi saya memohon kepada semua pengundi di Ayer Kuning ini supaya keluar mengundi lebih awal kerana kita takut cuaca tidak mengizinkan pada sebelah petang kerana beberapa minggu ini biasanya hujan di sebelah petang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bidor di sini hari ini.

Dalam pada itu, berkaitan kesalahan pilihan raya, Ramlan berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 36 laporan terutamanya melibatkan bahan kempen seperti poster.

Katanya, daripada jumlah tersebut, lima kesalahan berkenaan telah dilaporkan kepada pihak polis.

Beliau berkata, proses mengundi setakat ini berjalan lancar dan diharapkan keadaan itu dapat dibekalkan sehingga petang nanti.

“Keputusan PRK Ayer Kuning dijangkakan dapat diumumkan pada pukul 9 malam. Kita juga masih optimistik jumlah pengundi yang keluar mengundi mencecah 70 peratus,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI