fbpx

PRK Ayer Kuning: 17.09 peratus pemilih sudah mengundi setakat 10 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di pusat mengundi PRK Ayer Kuning di Sekolah Kebangsaan Sungai Lesong, Tapah pagi ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TAPAH – Sebanyak 17.09 peratus daripada 31,281 pemilih yang layak bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah menunaikan tanggungjawab masing-masing setakat pukul 10 pagi tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sebelum ini memaklumkan peratusan keluar mengundi setakat pukul 9 pagi tadi ialah 8.16 peratus.

PRK Ayer Kuning menyaksikan saingan tiga penjuru antara Dr. Mohamad Yusri Bakir, 54, dari Barisan Nasional (BN) dengan Abdul Muhaimin Malek, 44, dari Perikatan Nasional (PN) dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40.

Pilihan raya DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahruddin, 59, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI