JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan sekumpulan anggota bomba diarah untuk membayar wang parkir selepas selesai memadamkan kebakaran sebuah apartmen di Indonesia, lapor portal berita NTV semalam.
Kejadian berlaku di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @aliridho988 menunjukkan sebuah jentera bomba berhenti di palang keluar.
Tidak lama kemudian, seorang penjaga parkir mengarahkan mereka untuk membuat pembayaran.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.3 juta tontonan dan menimbulkan perdebatan hangat di ruang komen.
“Tuntut semula air yang digunakan untuk padamkan api di apartmen mereka!” kata seorang netizen.
“Ini memang kelakar. Cuba ‘abang’ bomba minta bayaran selepas bertugas? Pandai pula mereka mengamuk,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI