fbpx

Harumanis tak dapat, simpanan Tabung Haji lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Seorang guru wanita bukan sahaja kempunan buah mangga harumanis kegemaran malah wang simpanan Tabung Hajinya berjumlah RM9,998.52 juga lesap dikebas sindiket penipuan pembelian dalam talian tidak wujud.

Mangsa berusia 46 tahun itu hanya menyedari menjadi mangsa penipuan apabila menyemak akaun Tabung Hajinya pada kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, guru terbabit berhajat untuk membeli mangga harumanis kegemarannya setelah melihat iklan jualan buah tersebut di media sosial pada Rabu lalu.

“Mangsa kemudiannya menghubungi suspek menerusi aplikasi WhatsApp sebelum diminta suspek untuk memuat turun aplikasi kononnya bagi tujuan tempahan mangga harumanis berkenaan.

“Dia yang tidak mencurigai apa- apa telah mengisi butiran peribadi menerusi aplikasi berkenaan dan menghantar semula kod tindak balas cepat (QR) diterima kepada suspek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, guru terbabit kemudiannya dihubungi suspek sebelum telefon bimbitnya tiba-tiba terpadam dan hanya kembali aktif beberapa minit kemudian.

Beliau berkata, wanita tersebut pada mulanya menganggap ia perkara biasa sebelum menyedari simpanan Tabung Hajinya berjumlah RM9, 998.51 telah hilang.

“Semakan kemudiannya mendapati berlaku transaksi pengeluaran simpanan akaun Tabung Haji yang dipindahkan ke akaun bank miliknya semula berpindah pula ke akaun bank lain tidak dikenali,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI