fbpx

‘Gila’ selam skuba , Sarah Suhairi tangguh hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARAH juga tidak menolak sekiranya diberi rezeki untuk menimang cahaya dalam masa terdekat. - Foto SHIDDIEQIN ZON

PETALING JAYA – Selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Sarah Suhairi masih merancang bab zuriat dek kegilaan terhadap hobi baharunya, selam skuba.

Sarah, 25, enggan mengambil risiko terhadap kandungan sekiranya melakukan aktiviti menyelam walaupun belum ada kajian melarang ibu mengandung menyertai skuba selam.

“Selain sukan berkuda, saya dah mula dengan hobi baharu iaitu selam skuba kerana berjangkit dengan kawan-kawan.

Bagi selam skuba tiada lagi terbukti secara saintifik mengatakan ibu mengandung tidak boleh menyelam tetapi mereka tidak tahu kesan terhadap bayi dalam kandungan.

“Jadi, sekarang saya menikmati momen bercuti dan menyelam yang menjadi salah satu sebab merancang (zuriat). Lagi pun suami tidak memberi tekanan memandangkan sudah ada tiga orang anak,” katanya kepada Kosmo! Online semasa Majlis Rumah Terbuka Ritma Riang Raya 2025 Rusa MVM Music, baru-baru ini.

Tidak terlepas dengan soalan wajib tentang zuriat, pelantun lagu Setia Akhir Hayat (SAH) itu bagaimanapun tidak mengambil hati dan mengharapkan doa yang baik.

“Baru-baru ini masa bulan puasa saya sibuk berniaga di Brunei. Ikutkan pengalaman 11 hari di sana, orang sana sangat baik. Ada juga seorang mak cik tanya ‘Dah kahwin kan? Belum ada anak lagi? Mak cik doakan’.

Saya tak terkesan dan faham niat mereka baik sebenarnya. Balik kampung pun mak cik-mak cik pegang perut tanya dah ada isi ke? Saya cakap doakan yang terbaik.

“Ada rezeki okey tetapi untuk masa sekarang tiada perancangan lagi dalam masa terdekat,” ujarnya.

Namun, Sarah juga tidak menolak sekiranya dikurniakan anak dalam masa terdekat dan menerima dengan hati terbuka.

Kalau ‘accident’ kita tidak tahu, Tuhan yang menentukan. Jadi, saya minta jasa baik mak cik-mak cik yang tertanya, doakan yang terbaik untuk keluarga saya.

“Ikutkan sekarang masih merancang dan belum ada perancangan lagi. Kalau kata melekat kita tidak boleh tolak, saya okey sahaja,” jelasnya.

Dalam masa sama, Sarah juga mendoakan kepada pasangan yang menunggu zuriat agar dikurniakan rezeki suatu hari nanti.

“Ada orang kahwin nak zuriat terus tetapi saya merancang. Itu semua di tanganTuhan, Allah tahu kita bersedia dan akan bagi.

Saya doa kepada orang teringin zuriat tetapi masih belum ada. Saya jumpa ramai orang yang tunggu lama, sekarang baru dapat.

“Ada juga kawan rapat dah lama tunggu, sekarang dapat. Gembira tengok, harapnya semua baik-baik sahaja,” ujarnya lagi.

Julai tahun lalu, Sarah sah bergelar isteri kepada pensyarah, Aswad Mohd. Anuar selepas empat tahun mengenali hati budi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI