fbpx

62 peniaga, penjaja haram warga asing dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang ditahan dalam Ops Gasak di Sekitar Parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Seramai 62 warga asing ditahan dalam Ops Gasak bersepadu yang dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar Parlimen Bandar Tun Razak.

Operasi yang dijalankan kelmarin itu turut menyasarkan premis serta penjaja yang dikendalikan warga asing tanpa lesen, selain tindakan terhadap halangan peralatan perniagaan di tempat awam.

DBKL dalam satu kenyataan berkata tindakan dibuat hasil rondaan berkala dan maklumat awam berkaitan aktiviti tidak sah di kawasan tumpuan.

“Pihak kami berjaya menutup tiga premis perniagaan milik warga asing di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Tujuh notis kompaun turut dikeluarkan di bawah pelbagai Undang-Undang Kecil (UUK) berkaitan penjaja, premis makanan dan perniagaan,” katanya.

Sementara itu, DBKL berkata, operasi ini menyasarkan perniagaan tanpa lesen sah serta penjaja warga asing yang menimbulkan isu keselamatan, kebersihan dan gangguan kepada orang awam.

“Pihak kami turut mengenakan enam tindakan pindah halangan turut dilakukan ke atas barangan perniagaan yang diletakkan di laluan awam.

“Seramai 62 warga asing yang terlibat telah dibawa ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut,” jelasnya.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) menyita dua unit barangan bernilai RM2,000 dan mengeluarkan dua notis kompaun kepada pemilik syarikat, selain membuka tiga kertas siasatan berkaitan penjualan rokok putih.

Dalam operasi yang sama, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga merampas 9,756 batang rokok putih tidak bercukai bernilai RM8,198.96 di bawah Akta Kastam 1976.

Operasi tersebut disertai agensi penguat kuasa lain seperti Polis Diraja Malaysia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI