fbpx

Rakyat Malaysia tidak cukup makan – O’Reilly 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
O’Reilly mengutuk Malaysia dalam salah satu podcastnya pada 15 April lalu. - X

WASHINGTON – Pengulas konservatif Amerika Syarikat (AS), Bill O’Reilly sekali lagi mengundang kontroversi selepas mengkritik Malaysia sebagai negara miskin, manakala rakyatnya tidak cukup makan, lapor portal berita 8 days. 

Pengacara berusia 75 tahun itu juga membandingkan pendapatan isi rumah di Malaysia dan Amerika Syarikat dalam podcast terbarunya bertajuk No Spin News.

Rakaman pertama dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @billoreilly memaparkan O’Reilly memberi ‘pesanan’ kepada Presiden China, Xi Jinping mengenai lawatannya ke Vietnam, Malaysia dan Kemboja. 

“Hai Presiden Jinping, saya ingin memberitahu anda. Mereka tiada wang. Mereka tidak dapat membantu dan tidak akan membeli barang anda. 

“Kami (rakyat AS) memiliki wang. Kami boleh membeli produk anda. Orang Melayu tidak akan membeli barang anda kerana mereka tidak mempunyai wang,” katanya di dalam video itu.

O’Reilly juga mendakwa bahawa pendapatan isi rumah perkapita Malaysia sangat rendah sekitar AS$5,731(RM25,130) setahun berbanding AS sebanyak AS$42,220(RM184,754) dalam klip video keduanya.

Menurut O’Reilly, pendapatan kecil itu menyukarkan rakyat Malaysia untuk membeli sekali pun topi kecil daripada China.

“Jadi, jika anda mahu membeli topi kecil sekali pun anda tidak mampu kerana anda mempunyai pendapatan cuma AS$5,731 setahun.

“Anda juga tidak makan,” kata O’Reilly dalam klip video terbarunya yang disiarkan di YouTube.

Dalam podcast tersebut, O’Reilly juga berkata bahawa bekas Presiden AS, Barack Obama dibesarkan di Malaysia.

Dua klip video itu muncul ketika ketegangan perdagangan Washington-Beijing semakin memuncak. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 148,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kami ada rambut dan anda tiada,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI