fbpx

PRK Ayer Kuning: MB Kedah dedah ada keturunan Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi berucap pada Ceramah Grand Finale PRK Ayer Kuning di Taman Golf Bidor, Tapah semalam. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

TAPAH – Perikatan Nasional (PN) menafikan gabungan parti itu membawa isu-isu berbaur perkauman sebagai strategi menarik pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, semangat keharmonian telah sebati dalam dirinya apabila beliau sendiri mempunyai susur galur keturunan masyarakat Cina yang berhijrah ke sini daripada Tanah Besar China sebelum ini.

“Tok wan (datuk) sebelah ayah saya datang sendiri ke sini, dia juga berasal dari Tanah Besar China. Dia kemudian berkahwin dengan tok (nenek) saya yang berbangsa Melayu.

“Akhirnya, lahirlah cucu-cucu yang membesar. Tok wan saya menetap di perkampungan Melayu dan hidup dengan aman dan damai selepas berkahwin dengan wanita Melayu,” katanya di Taman Golf Bidor di sini semalam.

Menjelang hari pengundian esok, PN dilihat membawa isu berkaitan ladang babi yang dilihat sebagai strategi menarik sokongan pengundi kaum Melayu yang mewakili hampir 60 peratus pengundi.

Menteri Besar Kedah itu berkata, suasana berkawan dengan masyarakat pelbagai kaum juga menjadikannya seorang yang amat menghormati prinsip kemajmukan rakyat.

“Saya berkawan dengan orang Cina, saya berkawan dengan orang India. Tok Wan saya (berdarah) Cina. Mengapa pula dikatakan kita ini ‘rasis’ (perkauman),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI