fbpx

‘Allah makbulkan doa saya, jumpa papa sebelum Syawal berakhir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nabila Huda menitiskan air mata saat bercerita tentang momen bertemu dengan bapanya, Amy Search setelah sekian lama terpisah.

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Nabila Huda tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata saat berkongsi tentang momennya bertemu bapa, Datuk Amy Search baru-baru ini.

Menurut Nabila atau nama lebih mesra disapa sebagai Abil itu, sudah lama dia mengidamkan saat untuk mencium tangan bapanya dan bermaaf-maafan sempena hari raya.

“Saya terlalu rindu bapa saya. Sudah lama saya tidak berjumpa dengan dia. Ketika itu saya tak tahu pun papa ada di situ.

“Alhamdulillah Allah temukan saya dengan papa. Akhirnya saya dapat bersalam raya dengan papa dan memohon maaf. Memang niat saya untuk bertemu dan beraya dengan dia. Tetapi kami sibuk dengan kehidupan masing-masing.

“Allah makbulkan doa saya untuk bertemu papa sebelum Syawal berakhir,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Telaga Suriram, di sini, semalam.

Ditanya apakah yang dibualkan bersama bapanya sewaktu pertemuan tersebut, kata Abil dia meluahkan betapa rindu dan sayangnya dia kepada bapanya.

Akui sudah penat melalui episod kemelut kekeluargaan, kata Abil dia hanya serahkan pada takdir untuk menentukan segalanya.

“Hanya yang tahu sahaja tahu apa yang berlaku. Jika tanya sama ada saya mahu pulihkan keadaan, saya sudah penat. Tak apalah saya akan lalui apa sahaja yang akan hadir depan mata saya. Kisah ini ibarat tiada kesudahan. Akhirnya tetap sama.

“Tetapi saya sentiasa doakan agar papa sentiasa bahagia dan panjang umur. Saya tahu dia pun sentiasa doakan saya setiap hari,” kongsinya.

Terdahulu, Abil mencuri perhatian ramai selepas dia berkongsi video bertemu dengan bapanya setelah sekian lama ketika menghadiri sebuah acara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI