fbpx

Tun Ramli dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Ramli menerima surat cara pelantikan sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang daripada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tun Ramli Ngah Talib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan berkuat kuasa 1 Mei ini.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar Perak menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa gelaran Tun kepada Ramli.

Menurut laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Ramli menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abd. Razak yang menyandang jawatan itu selama satu penggal bermula 1 Mei 2021.

“Pelantikan ini berkuat kuasa 1 Mei 2025 selama empat tahun hingga 30 April 2029,” kata laman Facebook berkenaan.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Ketua Setiausaha Negara dan Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Istiadat berkenaan turut dihadiri Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah; Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tun Ahmad Fuzi yang berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8,” kata laman Facebook tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI