fbpx

Jangan lupa TVET selepas dapat keputusan SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – “Saya mendoakan yang terbaik buat semua. ‘All the best” dan jangan lupa TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) ya!”

Demikian permintaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang menerima keputusan hari ini.

Beliau turut menyeru calon SPM 2024 mengucapkan terima kasih kepada para ibu bapa dan guru yang telah banyak berkorban dan memberi sokongan kepada mereka.

“Hari ini pasti menjadi detik mendebarkan buat seramai 402,956 calon yang menerima keputusan SPM 2024. Insya-Allah, tempuhi dengan tenang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid berkata, calon SPM 2024 telah berusaha dan melakukan sebaik mungkin dan sebarang keputusan yang diterima bukanlah penamat buat diri mereka.

Menurut beliau, keputusan SPM 2024 yang diterima hari ini sebaliknya permulaan kepada lebih banyak ruang dan peluang kejayaan pada masa hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI