fbpx

Janji untung dalam 6 jam, sekali RM403,658 kena kebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang ahli perniagaan mengalami kerugian sebanyak RM403,658 selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan kripto yang ditawarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, mangsa yang berusia 47 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian, kelmarin.

Katanya, mangsa menerima iklan tentang pelaburan tersebut pada 21 Mac lalu.

“Mangsa yang berminat kemudian menekan pautan diberi sebelum memuat turun satu aplikasi platform e-dagang. Mangsa dijanjikan keuntungan hingga 15 peratus dalam tempoh enam jam.

Mohd. Sohaimi

“Tertarik dengan tawaran tersebut, mangsa melakukan 15 transaksi kewangan ke dalam lima akaun berbeza antara 27 Mac hingga 15 April lalu melibatkan wang berjumlah RM403,658,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, mangsa hanya menyedari telah ditipu apabila diminta membuat pelaburan tambahan sebelum boleh mengambil wang yang didakwa sebagai keuntungan.

“Siasatan awal polis mendapati lima akaun bank terlibat mempunyai tujuh laporan polis bersabit kes penipuan pelaburan,” ujarnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI