fbpx
Aksi comel seorang kanak-kanak ketika dipujuk oleh bapanya.

[VIDEO] ‘Kes macam ini, pakai peguam mahal pun tak jalan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aksi comel seorang kanak-kanak perempuan yang merajuk akibat tidak didukung oleh ayahnya mencuri perhatian netizen.

Menerusi akaun media sosial milik ibunya @NurulAinAlaui, menunjukkan kanak-kanak yang berambut keriting itu yang enggan keluar daripada kereta walaupun sedang dipujuk oleh bapanya.

“Dulu pandai sangat cakap, tidak mahu cari awek yang sikit-sikit nak merajuk, sekarang si ‘kinting’ itu hari-hari merajuk.

“Yang itu, kalau dah merajuk, siap membatukan diri muka pun berpaling tadah,” ujarnya.

Menerusi ruangan komen juga orang ramai menyampaikan rasa kagum akan ayah kepada kanak-kanak berkenaan yang sabar memujuk ‘sang puteri’.

“Lembut sahaja ayahnya pujuk, anak perempuan memang rapat dengan ayah,” kata @AcuAira.

“Walaupun merajuk, bila angkat terus melepek dekat bahu, comel betul kamu dik,” komen @NorhazwaniOthmanWani

“Cabaran juga nak pujuk awek sejati yang ini, silap gaya kena marah lagi,” kata @PakAndakJu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI