fbpx

Maritim Malaysia terima pujian di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan melawat reruai pameran di Hotel Marriot, Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Peranan penting Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam menjaga keselamatan perairan negara menerima pujian di luar negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peranan penting agensi itu seharusnya menjadi kebanggaan negara.

Beliau berkata, pujian itu diterimanya setiap kali menghadiri persidangan antarabangsa mengenai jenayah di luar negara.

“Kami berbangga kerana Maritim Malaysia antara agensi yang sangat penting.

“Setiap kali saya berpeluang menghadiri persidangan antarabangsa mengenai jenayah, antara kisah yang selalu dikongsikan okeh rakan luar adalah keupayaan APMM dalam mengawasi keselamatan negara,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian buku Maritim Malaysia ‘Helang Samudera, Perisai Maritim Negara’ di sini, hari ini.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melancarkan buku berkenaan yang memaparkan perjalanan Maritim Malaysia sepanjang dua dekad menjaga keselamatan perairan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI