fbpx

Gagal tanggalkan cincin punca ditampar penyamun – Guru taska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keratan Kosmo! Online melaporkan kejadian samun di sebuah taska dekat Pasir Panjang, Sabak Bernam semalam.

SABAK BERNAM – Seorang guru taska bukan sahaja disamun, malah ditampar suspek hanya kerana gagal menanggalkan cincin emas daripada jarinya dalam kejadian di Tali Air 11, Pasir Panjang di sini.

Wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu menerima dua tamparan sehingga menyebabkan mangsa jatuh tersungkur. Kejadian itu disaksikan rakan mangsa iaitu pembantu dapur dan murid-murid.

“Suspek yang panik kemudian cuba menanggalkan cincin saya, namun gagal jadi dia tampar pula di pipi kiri. Apabila (cincin) berjaya dibuka, saya campak cincin itu jatuh ke lantai, namun suspek tidak mengambilnya sebaliknya melarikan diri,” katanya hari ini.

Menurut wanita itu, kejadian tersebut menyebabkan dia trauma memandangkan kejadian itu pertama kali berlaku ke atas dirinya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan suasana di sebuah taska gempar apabila seorang guru disamun tiga lelaki bersenjatakan parang sebelum bermula sesi pembelajaran pada pukul 9.35 pagi semalam.

Kejadian itu berlaku ketika dua guru wanita dan seorang pembantu dapur sedang menunggu kehadiran murid di taska berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI