fbpx

Anwar ucap takziah pemergian isteri Presiden Pertama Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Noor Aishah.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan salam takziah kepada isteri Presiden pertama Singapura, Yusof Ishak iaitu Allahyarham Noor Aishah pada usia 91 tahun hari ni.

Jelas Anwar, berita pemergian seorang tokoh wanita itu yang menjadi tunjang kekuatan Singapura di tahun-tahun pembentukan identiti nasional mereka amat mengusik jiwa.

“Puan Noor Aishah tidak sekadar pendamping kepada seorang tokoh dan pemimpin negara, tetapi merupakan ikon kesetiaan dan kemuliaan budi yang menjadi teladan kepada wanita di rantau ini.

“Kesederhanaan beliau ternyata menjambatani hubungan antara pemimpin dengan rakyat terbanyak,” tulisnya di media sosial hari ini.

Sebagai seorang wanita yang turut mendampingi suami di lapangan politik, kata Anwar, tentunya dapat menggarap serta menyelami pengorbanan yang dilalui oleh Puan Noor Aishah. Keupayaan beliau untuk tetap teguh dalam setiap derap langkah kehidupan amat mengagumkan.

“Lantas saya bersama seluruh rakyat Malaysia, menyampaikan ucapan takziah yang terdalam kepada keluarga almarhumah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin,” tulisnya lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI