fbpx

‘Memang ada gangguan’ – Prosiding cerai Nora Ariffin 6 Mei depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor menetapkan 6 Mei depan sebagai tarikh sebutan pertama bagi prosiding perceraian penyanyi Datuk Nora Ariffin dan suami, Dr. Rushdi Ramli.

Bagaimanapun, peguam yang mewakilinya, Sarah Mohd. Ali enggan menjelaskan kesemua perincian yang bakal dibentangkan di mahkamah kelak.

“Nora sudah selamat failkan cerai terhadap suami di bawah Sesyen 47. Tarikh sebutan pertama prosiding perceraian adalah pada 6 Mei, pukul 9 pagi. Isu-isu perceraian akan dibentangkan di mahkamah nanti.

“Pihak media juga sedia maklum apa yang telah berlaku sebelum ini dan kemungkinan ada isu-isu tersebut akan disebutkan dalam mahkamah nanti.

“Pihak Nora akan serahkan salinan permohonan cerai kepada pihak defendan iaitu suaminya. Pihak suami Nora juga maklum berkenaan proses hari ini,” katanya kepada Kosmo! Online, di sini, hari ini.

Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor menetapkan 6 Mei depan sebagai tarikh sebutan pertama bagi prosiding perceraian penyanyi Datuk Nora Ariffin dan suami, Dr. Rushdi Ramli. – AFIQ RAZALI

Dalam masa sama, Sarah juga tidak menafikan perceraian mereka berlaku disebabkan kehadiran pihak ketiga yang enggan didedahkan walaupun rumah tangga mereka diulit bahagia.

“Perceraian ini tidak boleh dielakkan lagi disebabkan ada unsur orang ketiga.

“Perkahwinan mereka cukup bahagia, tetapi disebabkan ada gangguan pihak ketiga.

“Namun kami tidak dedahkan dahulu siapa pihak ketiga itu,” jelasnya.

Pagi tadi, Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor bagi memfailkan permohonan perceraian selepas rumah tangga gagal menemui titik penyelesaian.

Hujung 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr. Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.

Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI