fbpx

Isteri diarah padam video suami bersama kekasih gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR hiasan sebuah kamera pengawasan. - Foto AFP

BEIJING –  Seorang isteri diperintah memadamkan klip video yang dirakam secara tersembunyi di rumah suaminya bersama wanita simpanan lelaki berkenaan, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Perintah sebuah mahkamah China itu meminta si isteri memadamkan rakaman intim  suaminya   yang telah tular di media sosial.

Bagaimanapun, si isteri tidak perlu membayar pampasan kepada perempuan simpanan suaminya.

Kes itu dibawa ke Mahkamah Daerah Teng, wilayah autonomi Guangxi Zhuang, barat daya China.

Perempuan simpanan itu tidak menerima keputusan mahkamah dan membuat rayuan.

Mahkamah Pertengahan Perbandaran Wuzhou bagaimanapun mengekalkan keputusan mahkamah lebih rendah awal bulan ini, lapor akhbar Guangxi Legal Daily. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI