fbpx

Guru lelaki buat gangguan seksual diberhentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekolah Menengah Keat Hwa (Persendirian).

ALOR SETAR – Seorang guru lelaki yang ditahan kerana didakwa melakukan gangguan seksual terhadap dua pelajar Sekolah Menengah Keat Hwa (Persendirian), di sini ditamatkan perkhidmatan bermula semalam.

Menurut Setiausaha Lembaga Pengelola sekolah terlibat, Ng Koh Weng, keputusan tersebut dibuat setelah satu mesyuarat berlangsung semalam ekoran penahanan lelaki berusia 34 tahun itu pada Sabtu lepas.

“Pihak sekolah menerima panggilan daripada pihak polis pada 19 April lepas memaklumkan penahanan reman guru terbabit susulan aduan pelajar berhubung gangguan seksual.

“Sehubungan itu, pihak sekolah mengadakan satu jawatankuasa dengan serta-merta pada semalam. Mesyuarat itu memutuskan beberapa perkara termasuk menghentikan guru terlibat dan menghalangnya daripada memasuki sekolah. Ini adalah untuk mencegah sebarang gangguan terhadap mangsa,” katanya pada sidang akhbar di sekolah berkenaan, hari ini.

Katanya, pihak sekolah akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis yang kini menyiasat kes berkenaan yang melibatkan mangsa termasuk seorang bekas pelajarnya itu.

“Pihak sekolah memberi kerjasama yang penuh kepada polis dengan semua dokumen dan fail sudah diserahkan untuk proses siasatan semalam. Satu laporan juga diserahkan kepada Kementerian Pendidikan. Apa yang kita lakukan adalah demi mengutamakan keselamatan murid terlibat dan menjaga privasi mereka,” jelasnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI