fbpx

Amerika bom Sanaa, 12 terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK memeriksa kerosakan akibat serangan AS di Sanaa semalam. – AFP

SANAA – Kementerian kesihatan pemberontak Houthi menyatakan semalam bahawa sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 30 yang lain cedera dalam serangan udara terbaharu Amerika Syarikat (AS) di ibu negara Yemen, Sanaa.

Agensi berita Houthi, Saba memetik kementerian berkenaan berkata, angka korban dan kecederaan itu disebabkan serangan AS di sebuah pasar dan kejiranan penduduk di Daerah Farwa, Sanaa.

Serangan lain dilaporkan lewat kelmarin di wilayah Marib, tengah Yemen dan Hodeida di barat negara itu di samping kubu Houthi di Saada.

Tentera AS melancarkan serangan hampir setiap hari selama hampir sebulan untuk menghentikan serangan ‘pengganas Houthi disokong Iran’ ke atas kapal-kapal Barat yang berlayar di perairan Teluk.

Serangan pada Khamis lalu di pelabuhan minyak Ras Issa pula membunuh  80 orang, manakala 150 yang lain cedera.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres menyuarakan kebimbangan berhubung serangan AS ke atas Yemen, namun meminta militia Houthi berhenti menyerang kapal dagang dan melancarkan peluru berpandu ke arah Isarel.

Puak Houthi membedil Israel sebagai solidariti dengan pejuang Hamas yang berperang melawan Israel di Gaza. Serangan AS ke atas Yemen bermula pada Januari 2024 tetapi semakin sengit sejak Trump berkuasa tahun ini. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI