fbpx

306 anggota bomba turun berat badan lebih 5kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Hisham (tengah) beramah mesra dengan pegawai bomba yang menerima Sijil Perkhidmatan 30 Tahun JBPM pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Kelantan di Balai Bomba Tunjong, Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Seramai 306 orang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara merekodkan penurunan berat badan sebanyak 5 kilogram (kg) ke atas dalam tempoh enam bulan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohamad berkata, rekod itu diperoleh selepas pihaknya memperkenalkan program kesihatan ‘wellness hub’ bagi menepati syarat indeks jisim badan (BMI).

Menurutnya, seramai 1,181 anggota menyertai program itu dan seramai 1,021 orang daripada jumlah itu berjaya menurunkan berat badan.

“Seramai 306 orang berjaya merekodkan penurunan sebanyak 5 kg ke atas. Daripada jumlah itu, seramai 260 orang termasuk dalam berat badan terbaik.

“Jumlah itu mencatatkan penyusutan kadar obesiti dalam kalangan anggota sebanyak 33 peratus,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Kelantan di Balai Bomba Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nor Hisham memberitahu, menerusi program itu, pihaknya hanya mengambil kira penurunan yang signifikan iaitu penurunan sebanyak 3 kg secara berterusan dalam tempoh yang ditetapkan.

Akhbar Kosmo! sebelum ini melaporkan, syarat mempunyai BMI kurang daripada 28 untuk menikmati kenaikan pangkat bagi JBPM akan dibincangkan tahun hadapan selaras dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, syarat itu akan dibincang bersama Ketua Pengarah JBPM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI