fbpx

Makin menjadi-jadi geng mohon bantuan susu, lampin anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bentuk komen dan mesej pihak scammer kepada pengguna media sosial.

PETALING JAYA – Taktik penipuan dalam talian kini semakin menjadi-jadi apabila segelintir scammer menggunakan sentimen simpati untuk memperdaya orang ramai termasuklah modus operandi memohon bantuan susu dan lampin pakai buang anak.

Kumpulan scammer ini sering menghantar mesej atau meninggalkan komen di hantaran media sosial pengguna secara spam (peghantaran berkali-kali) sehingga merimaskan ramai pihak.

Beberapa pengguna Facebook dan Instagram meluahkan rimas serta terganggu menerima mesej daripada individu tidak dikenali yang mendakwa mereka dalam kesusahan dan memohon bantuan segera dalam bentuk barangan bayi seperti susu formula dan lampin pakai buang.

Ada juga yang tampil di ruangan komen berkali-kali ketika pengguna media sosial sedang melakukan siaran langsung dan berharap mendapat simpati orang ramai.

“Tak larat nak block (sekat) akaun yang hantar mesej sama berkali-kali asyik minta susu dan lampin anak. Semak la akaun-akaun ini. Kadang nak berniaga jadi terganggu dengan scammer ini,” kata Nur Syazwani.

“Disebabkan scammer macam ini, kalau betul ada yang benar-benar memerlukan, terus orang anggap scammer juga,” kata Asyrik.

Pengguna Facebook, Hayati berkata, biasanya scammer tersebut akan menyertakan gambar bayi yang kelihatan tidak terurus dan mesej panjang menyentuh perasaan.

“Ada yang memberikan nombor telefon atau pautan untuk kononnya memudahkan penghantaran bantuan. Namun, selepas disiasat, nombor dan identiti tersebut sering kali tidak dapat dikesan atau terbukti palsu.

“Saya sendiri pernah DM (mesej peribadi) dengan mereka ini sebab saya fikir mereka benar-benar memerlukan bantuan. Tetapi bila saya mnta alamat nak hantar barang keperluan mereka bagi banyak alasan dan minta saya ‘transafer’ duit dengan alasan akan beli sendiri,” kongsinya.

Hayati turut mengingatkan orang ramai untuk tidak mudah mempercayai golongan sindiket tersebut kerana modus operandi mereka dan cerita yang dikongsikan adalah sama bagi setiap individu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI