fbpx

Lelaki kayuh basikal sambil junjung peti sejuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAVIS menjunjung peti sejuk di atas kepalanya. - Foto Reddit

NEW YORK – Seorang lelaki di New York mengundang perhatian pengguna media sosial apabila menunggang basikal sambil menjunjung peti sejuk di atas kepalanya, lapor akhbar New York Post semalam.

Leh-Boy Gabriel Davis mengayuh basikal di sekitar Nassau Avenue di Greenpoint dan mengimbangkan peti sejuk di atas kepalanya.

“Itu gila!” kata seorang lelaki yang merakamkan gambar Davis dan memuat naiknya di laman sosial Reddit.

Ramai netizen memberikan komen dengan ada yang menyatakan pernah melihat Davis menjunjung barang di atas kepalanya.

Dia sebelum ini pernah dirakam menunggang basikal sambil menjunjung sofa di atas kepalanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI