fbpx

‘Kerana RM1, ibu ditampar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

PETALING JAYA – Hanya kerana meminta wang RM1, seorang ibu ditampar anaknya sendiri di hadapan khalayak ketika berada di sebuah kedai runcit.

Menerusi perkongsian pemilik kedai tersebut yang dikenali sebagai Agness, wanita dalam lingkungan usia 60 tahun itu dikatakan sekadar ingin meminjam RM1 daripada anaknya kerana mahu membayar kos pembelian di kaunter.

“Ada satu pengalaman yang baru terjadi di kedai saya, mak cik dalam umur 60 tahun datang ke kedai untuk beli beberapa barangan keperluan.

“Masa nak bayar, tak cukup RM1, dia panggil anak dia yang tunggu di luar, katanya mahu pinjam RM1. Tiba-tiba dengan nada kasar anaknya kata ‘kau ingat aku bank?

“Aku teman kau ke sini pun dah cukup bagus’, kemudian terus ditamparnya pipi mak cik itu,” kongsinya menerusi catatan di Threads semalam.

Menurut Agness, ketika kejadian terdapat beberapa pelanggan lain di dalam kedainya dan situasi tegang itu mengejutkan mereka semua.

“Saya terus belanja mak cik itu, katanya ambil lah mana perlu. Tolonglah jangan biadab dengan mak anda atau sesiapa sahaja. Belajar cara hormat orang tua, belajar jadi manusia ada hati,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI