JAKARTA – Seorang lelaki terkejut apabila wang kertas mencecah berjuta-juta rupiah disembunyikan oleh tikus di sebuah lubang di dalam rumahnya, lapor portal berita Jawa Pos.
Kejadian berlaku di wilayah Sulawesi Selatan semalam.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @makassar_iinfo memaparkan lelaki itu memecahkan jubin sebelum menggali lubang sedia ada di sudut rumahnya.
Mereka bersorak apabila menemui wang kertas bernominasi 10,000 rupiah (RM3) di dalam lubang tersebut.
Beberapa keping wang ditemukan rosak, manakala yang lain masih boleh digunakan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.7 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Tikus itu sudah dipenjara belum?” kata seorang netizen.
“Tikus mata duitan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI