fbpx

‘Rider’ terkejut kena hantar batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sebuah batu yang diletakkan dalam kotak kayu. - TikTok

JAKARTA – Seorang pekerja kurier di Indonesia terkejut apabila dia terpaksa menghantar ‘parcel’ berupa batu besar kepada pelanggan, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Nganjuk, wilayah Jawa Timur baru-baru ini. 

Rakaman dimuat di platform TikTok oleh akaun @kurirlelah memaparkan batu itu diletakkan di dalam kotak kayu beralaskan sekeping kadbod. 

Apa yang menarik perhatian adalah batu itu merupakan satu-satunya ‘barang’ aneh di dalam lori tersebut. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 2.3 juta tontonan dan bersama 111,000 tanda suka.  

“Batu itu dililit kayu bukan kerana takut pecah, tetapi takut barang lain yang pecah,” kata seorang netizen. 

“Ini bukan batu sembarangan, ia dari zaman purba,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI