fbpx

Puluhan robot berlari maraton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH robot mengambil bahagian dalam larian separa maraton robot humanoid di Beijing hari ini. – AFP

BEIJING – Berpuluh-puluh robot manusia (humanoid) membanjiri jalan-jalan di Beijing awal hari ini untuk menyertai larian separa maraton pertama seumpamanya di dunia.

Larian sejauh  21 kilometer itu diadakan di Bandar-E, Beijing bagi menguji had dan prestasi robot dua kaki dalam situasi sebenar.

Orang ramai  beratur di kawasan mereka dan bersedia dengan telefon masing-masing untuk merakam gambar robot humanoid memulakan larian.

Sebaik wisel berbunyi, sebuah robot kecil mengatur gerakan sebelum jatuh ke tanah dan terbaring selama beberapa minit sebelum bangkit kembali.

Sebuah lagi humanoid lain mirip robot filem aksi popular, Transformers pula  tersasar di garisan permulaan sebelum melanggar penghadang dan bertembung dengan seorang jurutera.

“Manusia sudah biasa berlari maraton tetapi ia langkah besar untuk robot humanoid. Larian ini membantu robot untuk maju setapak lagi ke arah industrialisasi,” kata timbalan pengarah pengurusan Bandar-E, Liang Liang. 

Kira-kira 20 pasukan dari seluruh China mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Mereka menampilkan robot-robot berketinggian antara 75 hingga 80 sentimeter dan berat sehingga 88 kilogram. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI