fbpx

[VIDEO] ‘Lalat ini ‘bertuan’, tak mengapa Allah ada’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan lalat sedang menghurung ikan di sebuah gerai.

PETALING JAYA – “Lalat ini bertuan, semoga Allah beri mereka hidayah.”

Itu kata peniaga ikan di sebuah pasar yang mendakwa gerainya menjadi ‘mangsa’ hasad dengki individu lain sehingga dipenuhi serangga tersebut.

Lebih menghairankan, katanya, beberapa gerai yang terletak bersebelahan premisnya tidak dihurungi lalat sekali gus menimbulkan tanda tanya.

“Doakanlah kami agar umat Islam kita terbuka hijab dan ampunilah mereka.

“Tak mengapa, Alllah ada, semoga Allah beri mereka hidayah,” katanya yang dikenali sebagai Ikan Perlis Terlajak Murah.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai bersimpati dengan nasib peniaga itu dan mendakwa kehadiran lalat ‘bertuan’ itu sebagai sesuatu yang pelik.

“Perasankan kedai ni jer (sahaja) lalat, kedai berdekatan kawasan dia tak ada banyak macam tu,” komen Siti Nor Sara.

“Kenapa situ banyak lalat. Kedai sebelah tak nampak lalat. Macam pelik saya tengok,” kata Suraiya Mohamad Yunos.

Turut meninggalkan komen pengguna media sosial yang menggunakan nama Acik Nurul Oloi.

“Semoga tuan kedai tabah dengan ujian sebegini. Melayan kerenah orang yang ada penyakit hati memang perlu kesabaran yang tinggi,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI