fbpx

Beruang matahari 110 kg ‘pusing’ kampung masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Perhilitan membawa seekor beruang matahari yang memasuki perangkap untuk dilepaskan ke habitat yang lebih sesuai. - IHSAN PERHILITAN

KUALA KRAI – Seekor beruang matahari yang berkeliaran dan berisiko memberi ancaman kepada penduduk memasuki perangkap dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Gua Ikan, Dabong di sini kelmarin.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, haiwan seberat 110 kilogram (kg) itu memasuki salah satu dari dua unit perangkap yang dipasang di kawasan berkenaan.

Menurutnya, dua unit perangkap dipasang di kawasan berkenaan pihaknya selepas menerima aduan daripada penduduk yang melihat beruang matahari berkeliaran di kampung berkenaan.

Seekor beruang matahari yang memasuki perangkap di Kampung Gua Ikan, Dabong dekat Kuala Krai kelmarin. – IHSAN PERHILITAN

“Kehadiran beruang matahari itu telah mendatangkan ketakutan dan ancaman kepada penduduk setempat yang hendak keluar menjalankan tugasan harian mereka.

“Haiwan yang memasuki perangkap itu berada dalam keadaan stabil dan telah dipndahkan ke habitat lebih sesuai semalam,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohamad Hafid berkata, penangkapan beruang matahari itu telah memberi semula keyakinan kepada penduduk untuk keluar menjalankan tugas harian mereka.

Menurutnya, orang ramai diminta agar berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar dan tidak mengambil tindakan sendiri bagi mengelak berlaku kejadian yang tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI