fbpx

289 nelayan terjejas banjir terima sumbangan Tabung Bencana LKIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faiz (tengah) menyampaikan sumbangan banjir kepada nelayan di Penempatan Semula Nelayan Tok Bali di Pasir Puteh hari ini. - Foto oleh TOREK SULONG / KOSMO!

PASIR PUTEH – Seramai 289 nelayan di daerah ini dan Bachok menerima sumbangan berjumlah RM144,500 menerusi program Bantuan Tabung Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) hari ini.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan merupakan inisiatif meringankan beban komuniti nelayan yang ditimpa musibah banjir hujung tahun lalu.

Menurutnya, jumlah itu diberikan kepada hampir keseluruhan nelayan di dua daerah tersebut yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) semasa banjir selain hilang punca pendapatan dalam tempoh musim tengkujuh.

“LKIM komited dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan nelayan terus terbela.

“Program itu juga bertujuan menyuntik semangat dan memberi sokongan moral kepada para nelayan dalam mengharungi kesan musibah banjir,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Madani Pengerusi LKIM bersama nelayan Kelantan di Penempatan Semula Nelayan Tok Bali di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz memberitahu, dana sebanyak RM180,000 turut disalurkan kepada 12 nelayan daripada golongan B40 melalui program Penyerahan Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan bagi membantu mereka meningkatkan hasil tangkapan serta menjana pendapatan lebih stabil.

Menurutnya, LKIM mengagihkan enjin bot kepada nelayan tradisional terpilih berasaskan keperluan bagi membolehkan mereka menjalankan kerja menangkap ikan di pesisir pantai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI