fbpx

Pengurus mahu tambah kekayaan ditipu lebih RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang penolong pengurus sumber manusia sebuah syarikat berputih mata apabila wang simpanannya lebih RM500,000 lesap selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan atas talian tidak wujud.

Wanita berusia 50-an itu dilaporkan terpedaya dengan keuntungan yang lumayan dijanjikan selepas berurusan dengan individu yang menawarkan skim pelaburan atas talian yang kononnya berpangkalan di Taiwan.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, mangsa yang berminat untuk melabur dalam pelaburan tersebut mula terjerat selepas diminta untuk muat turun sebuah aplikasi “TS PRO” ke dalam telefon bimbitnya.

“Mangsa kemudian telah memindahkan wang berjumlah RM207,110 ke dalam tujuh akaun yang diberikan untuk tujuan pelaburan.

“Wang secara serahan tunai berjumlah RM372,000 juga turut dibuat mangsa semasa berada di Nilai kepada pihak yang mengaku sebagai wakil syarikat. Jumlah keseluruhan melibatkan RM579,110.

“Mangsa bagaimanapun sedari telah ditipu semalam, selepas aplikasi yang dimuat turun tidak dapat diakses dan tidak dapat mengeluarkan keuntungan seperti yang dijanjikan,” katanya kepada pemberita di sini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI