fbpx

Maaf timbul salah faham, kita selesai secara peribadi – Marissa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marissa berjanji akan menyelesaikan kemelut menimpa dirinya dan keluarga tanpa perlu dihebahkan kepada umum.

PETALING JAYA – Tidak berdiam diri, anak kepada pelakon Abby Abadi iaitu Marissa Dania akan menyelesaikan kemelut keluarganya secara peribadi tanpa perlu dihebahkan dalam media sosial.

Pemilik nama lengkap Marissa Dania Hakim, 20, memohon maaf sekiranya apa yang berlaku menimbulkan kekecohan dan berharap netizen menghormati keputusan tersebut.

“Dari pihak saya, semuanya saya selesaikan secara peribadi dengan semua yang terlibat. Tiada balas-membalas dalam media sosial.

“Mohon hormati batasan kalian dalam hal ini ya. Saya minta maaf sekiranya ada khilaf atau menimbulkan salah faham,” katanya dalam aplikasi Threads.

Sebelum ini suaminya iaitu Aslam melakukan permohonan secara terbuka kepada Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, selain menegaskan keputusan berpoligami adalah untuk menjaga nama baik keluarga serta maruah Marissa.

Ayah tirinya, Faizal turut mendedahkan pernah memberi amaran kepada Aslam agar tidak mengganggu Marissa sebelum mereka berkahwin secara rahsia di Thailand.

Selalu lalu, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.

Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai pada Januari tahun lalu selepas bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Pasangan terbabit dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

Pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu dan bapanya iaitu pelakon, Norman Hakim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI