fbpx

Liverpool hilang Salah 10 perlawanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH (dua dari kiri) boleh terlepas 10 perlawanan Liverpool musim depan disebabkan komitmennya bersama Mesir dalam saingan AFCON. - AFP

LIVERPOOL – Bintang Liverpool, Mohamed Salah dijangka terlepas beberapa perlawanan penting musim depan selepas diumumkan sebagai kapten Mesir menghadapi saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025.

Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) mengesahkan kejohanan berprestij itu akan berlangsung di Maghribi bermula 21 Disember ini dan berakhir pada 18 Januari 2026 yang menyaksikan ia kembali diadakan di pertengahan musim.

Keputusan itu dibuat susulan perubahan jadual asal yang dijadualkan pada musim panas 2025 berikutan pertembungan dengan Piala Dunia Kelab berlangsung di Amerika Syarikat pada Jun dan Julai ini.

Mesir diundi dalam Kumpulan B dan akan memulakan kempen mereka menentang Zimbabwe pada 22 Disember.

Ia pastinya memberikan tamparan buat Liverpool memandangkan Salah begitu cemerlang dengan bermain kesemua 32 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan hanya sekali beraksi kurang daripada 80 minit.

Menurut jadual semasa, aksi AFCON bertindih dengan lapan perlawanan penting Liverpool sekali gus menjejaskan kekuatan pasukan sekiranya Salah tidak dapat diturunkan sepanjang kejohanan berlangsung.

Ini disebabkan Salah berkemungkinan besar terlepas sekurang-kurangnya enam perlawanan EPL serta satu aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang dijadualkan pada 20 dan 21 Januari 2026 sekiranya Mesir mara ke pentas final AFCON.

Situasi itu mencetuskan kebimbangan dalam kem Liverpool terutamanya pengurus, Arne Slot yang kini dikatakan sedang merancang awal membeli seorang calon berkaliber menggantikan kekosongan Salah buat sementara waktu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI