fbpx

‘Guru miang boleh jalan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina, ketika hadir ke SMK Bayan Lepas bagi Majlis Penyerahanan SMARTBOARD dan Pengisytiharan Pencapaian 100% Penajaan SMARTBOARD bagi sekolah-sekolah negeri Pulau Pinang, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk kesalahan dalam kalangan warga pendidik, khususnya membabitkan isu salah laku seksual.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya sentiasa berpegang kepada prinsip ‘you touch, you go’ seperti yang sering ditegaskannya sebelum ini dalam menangani sebarang bentuk salah laku yang melibatkan integriti dan keselamatan murid.

“’Kita tidak akan berkompromi dalam apa jua kesalahan, khususnya kesalahan seksual.

“’Kita akan laksanakan siasatan secara menyeluruh dan berpandukan kepada garis panduan serta peraturan yang sedia ada,”’ katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis penyerahan smartboard sekolah-sekolah Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bayan Lepas di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kes membabitkan seorang guru lelaki di Johor yang ditahan reman tujuh hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan selepas disyaki menghantar pautan lucah kepada rakan sekerja wanita.

Lelaki itu ditahan susulan pendedahan dibuat seorang guru wanita di sebuah sekolah menengah di sebuah daerah di Johor mengenai tingkah laku tidak senonoh suspek.

Guru wanita itu mendakwa pernah menyaksikan suspek berkelakuan intim dengan beberapa pelajar perempuan selain menerima pautan lucah daripadanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI